TFS

Kedai Makan Popular Guna Pelaris ‘Kencing Iblis’

Share:
Kedai Makan Popular Guna  Pelaris ‘Kencing Iblis’



ALKISAH sudah menjadi perkara yang wajar jika para peniaga ada memasang impian agar segala barang jualannya bakal laris dan mendapat keuntungan berlipat-lipat kali ganda.




Pelbagai cara unik digunakan sebagai strategi supaya bisnis dapat ‘meletup’ sementelahan jualan meningkat, atau paling tidak pun berjaya menarik ramai pelanggan untuk datang ke premis perniagaan mereka.

Namun ada juga beberapa peniaga yang tergamak mempergunakan kaedah dilarang oleh ajaran agama semata-mata untuk melariskan barang jualan mereka waima berbaur khurafat seperti khadam makhluk halus.

Ini kisah pengalaman ngeri dikongsikan oleh Nurul Kasmadillawati Zakaria dipetik menerusi portal OhBulan! yang menceritakan mengenai pelbagai pelaris syirik berdasarkan pemerhatian peribadinya sendiri.

Menurut beliau, penggunaan pelaris di warung makanan atau restoran bukanlah hal yang baharu, bahkan kedai yang kelihatan Islamik sekali pun tidak luput daripada penggunaan pelaris tidak bermoral ini.

Nurul Kasmadillawati mendedahkan masalah pelaris di premis makanan kerana beliau berasa kasihan dengan pelanggan yang datang tidak sedar jika hidangan yang mereka jamah selama ini adalah kotor.

Lebih malang, si khadam (makhluk halus yang diberi tugas melariskan warung atau restoran itu) pernah dilihat selamba kencing pada makanan sebelum ia disajikan kepada pelanggan di kedai tersebut!

Berikut beberapa macam pelaris dan ciri-ciri lazim premis makanan yang memakai pelaris tersebut:

1. Pemilik kedai biasanya tidak pernah atau jarang solat bahkan ibadah fardu itu dilakukan tidak secara konsisten sebab si khadam akan berasa panas. Jika sempat berkenalan dengan pemilik premis, perhatikan solatnya.

Jika anda tidak bertemu pemiliknya ketika menunaikan solat wajib atau solat Jumaat, tetapi tiba-tiba muncul setelah orang selesai solat, kemungkinan besar dia memang mempunyai khadam tersebut di dalam premisnya.

2. Pelaris adalah salah satu bentuk sihir. Pemilik biasanya menggunakan wafa’. Ini adalah semacam jampi atau mantera yang ditulis dalam kertas atau kulit binatang. Ada wafa’ yang ditulis menggunakan ayat al-Quran.

Namun ada ditulis dalam huruf yang sukar dibaca malah ada dalam bahasa Thai atau Jawa. Kedai menggunakan pelaris ini lazimnya meletakkan wafa’ di bawah dulang tempat makanan atau digantung seperti ayat al-Quran.

3. Untuk premis yang yang memakai khidmat khadam, pemilik tidak memasang hiasan ayat al-Quran. Kalau ada pelanggan yang baca al-Quran, pemilik akan bertanya baca apa. Kalau hanya dengan azan, khadam tidak apa-apa.

Bagaimanapun jika pelanggan sudah biasa membaca ayat al-Quran untuk isi masa lapang ketika menunggu hidangan, si khadam pasti berasa marah. Panas katanya. Apa lagi jika ada yang baca surah Al-Jin atau Al-Mulk.

4. Kita sering lihat orang serbu sebuah warung, seperti mereka punya selera yang besar. Tetapi apabila orang itu beli dan dibawa pulang, makanan tiba-tiba terasa basi atau rasanya tidak sama dengan saat makan di tempat.

Ini membawa maksud bahawa si khadam di warung tersebut sengaja menutup kelemahan makanan tersebut agar ia hanya terlihat atau terasa kenikmatan ‘palsu’ ketika dimakan oleh pelanggan langsung di kedai berkenaan.

5. Warung atau restoran yang memakai pelaris kadang kala memasang hiasan atau akesori yang pengunjung tidak faham kenapa barang tersebut ada di situ. Misalnya, tanduk kerbau yang digantung bersama gambar Wali Songo.

Atau tulisan assalamualaikum, kulit kerang, parang digantung dan sebagainya. Semua barangan ini adalah tempat untuk memberi makan atau tempat tinggal si khadam yang dipelihara di dalam warung atau restoran tersebut.

Nurul Kasmadillawati menyatakan dia bercerita tentang pelaris di premis makanan itu berdasarkan pengalaman diri namun seorang rakannya bernama Encik Hensem juga ada cerita tersendiri berhubung isu pelaris khurafat itu.

Kawannya suka makan di satu warung nasi lemak yang cukup terkenal di Kuala Lumpur. Orang selalu berbaris panjang untuk merasakan nasi lemak di warung tersebut padahal rasanya biasa saja, malah harganya sedikit mahal.

Meski begitu, Encik Hensem tetap suka. Satu malam dia ajak Nurul pergi makan ke warung itu. Sampai sana, lelaki itu ikut beratur. Nurul Kasmadillawati sendiri duduk di meja bersama anak-anak sambil tengok orang berbaris.

Tiba-tiba dengar seorang petugas berteriak “Nasi habis. Ambil nasi baru!” Babak setersnya inilah yang membuatkan Nurul Kasmadillawati tidak mahu lagi pergi ke warung tersebut waima sampai mati pun, dia tidak akan lupa.

Rupa-rupanya, ada seorang pekerja lelaki meluru ke arah belakang dan muka pintu tandas untuk mengambil satu periuk nasi. Sementara itu ada banyak lagi periuk lain disusun bertingkat-tingkat. Semua itu pasti berisi nasi.

Tandas itu pula jenis cangkung. Memang jelas terlihat jamban di situ. Periuk dalam tandas semuanya tertutup rapi. Tetapi apa motif simpan nasi di situ? Mungkin ia sudah tidak digunakan. Namun tandas tetap tandas, tempat kotor.

Semenjak melihat kejadian itu, Nurul Kasmadillawati membawa anak-anak menuju ke Encik Hensem untuk batal pesanan. Sayangnya dia sudah mahu bayar. Makanan sudah dibungkus untuk dibawa balik di rumah lebih selesa.

Malam itu Nurul Kasmadillawati tidak cerita hal sebenar kepada Encik Hensem. Esok baru diceritakan. Sejak itu mereka memang sudah tidak pernah jejak kaki ke sana. Kalau lalu di situ, kasihan lihat pelanggan beratur panjang!




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah