KISAH hantu penghisap darah manusia iaitu vampire yang ditonjolkan menerusi filem seram terkenal ‘Twilight’ mungkin memang benar-benar wujud di alam nyata.
Ini dibuktikan menerusi satu rakaman CCTV memaparkan imej seorang lelaki berpakaian serba hitam melalui sebuah cermin di sebuah kedai di Savannah, Amerika Syarikat.
Apa yang lebih misterinya, lelaki itu dilihat tidak mempunyai sebarang bayangan atau pantulan imej ketika melalui cermin dinding tersebut.
Sedangkan beberapa pelanggan yang lain berada di dalam kedai itu kelihatan pada cermin tersebut.
Video aneh campur seram itu lantas tersebar menjadi tular menerusi media sosial hinggakan timbul persoalan sama ada rakaman itu benar atau palsu.
Pun begitu ada sesetengah netizen percaya lelaki itu adalah vampire yang sedang berjalan di dunia moden.
Mengikut mitos, vampire dikatakan hidup abadi dan tidak mempunyai pantulan atau bayang.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)