SHOPPE

Pelakon Faye Kusairi Rancang Kahwin Selepas Aidilfitri

Share:
Pelakon Faye Kusairi Rancang Kahwin Selepas Aidilfitri


Hubungan pelakon Faye Kusairi dengan pengarah Azmi Hatta bakal berakhir di jinjang pelamin apabila Faye mengakui sudah mempunyai rancangan berkahwin selepas Hari Raya Aidilfitri depan.




Mstar melaporkan Faye atau nama sebenarnya, Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 30, berkata persiapan perkahwinan masih tidak dapat dilakukan kerana sedang sibuk menjalani pengambaran.

“Kami ada merancang untuk berkahwin Insya-Allah tahun ini tapi bukan bulan Februari kerana jadual saya padat dengan tiga buah drama yang sedang menjalani penggambaran,” katanya yang dipetik dari Mstar.

Faye turut menafikan khabar angin mengenai dia bakal melangsungkan perkahwinan pada Febuari ini seperti yang diperkatakan.

Sebelum ini, nama Faye menjadi bualan hangat apabila dikecam dengan pelbagai tuduhan selepas ada pihak menganggap dia sebagai punca penceraian penyanyi Elly Mazlein dan suaminya, Azmi Hatta.

Pelakon Tujuh Hari Mencintaiku ini menjelaskan keputusan berkahwin adalah adalah hal peribadi dan sedia melakukan apa sahaja untuk membuatkannya gembira.

Dia turut menafikan perkahwinan yang dijangka diadakan selepas Aidilfitri itu bukanlah menunggu kontroversi menimpa dirinya reda dan perkara tersebut tidak pernah difikirkannya.

“Apa juga keputusan untuk berkahwin adalah hal peribadi saya dan saya buat apa juga yang saya rasa ia membuatkan saya gembira dan bukan untuk orang lain gembira,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah