Pasangan Ini Naik ‘Motor Selam’ Redah Banjir

Pasangan Ini Naik ‘Motor Selam’ Redah Banjir



BANJIR yang melanda di kawasan Pantai Timur sejak minggu lalu dilaporkan semakin pulih dengan penurunan jumlah mangsa berbanding petang semalam.




Bagaimanapun di media sosial, rakaman aksi pasangan menaiki motorsikal yang telah diubahsuai sambil meredah air berjaya mencuri tumpuan netizen di media sosial.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit 23 minit, pasangan tersebut dilihat begitu santai dengan wajah yang tersenyum sambil merakamkan aksi mereka menunggang ‘motor selam’.

Motorsikal jenis Honda C70 itu biarpun dilihat hampir tenggelam, namun modifikasi yang dilakukan oleh mereka membuatkan kenderaan itu tetap kukuh meredah banjir.

Rata-rata pengguna laman sosial turut memuji tindakan pasangan berkenaan yang kreatif dan tidak kurang juga menasihati untuk sentiasa berhati-hati dalam menghadapi banjir.

Paling menarik mereka turut mengunakan lagu ‘Jomblo Happy’ sebagai lagu latar untuk rakaman tersebut.

Bagaimanapun, tidak dapat memastikan tarikh dan lokasi video tersebut dirakam.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger