Pelanggan DIGI Mengamuk Baling Telur Di Pejabat

Pelanggan DIGI Mengamuk Baling Telur Di Pejabat



GARA-gara tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Digi, seorang lelaki bertindak menyerang ibu pejabat syarikat telekomunikasi itu dengan membaling telur.




Amukan lelaki itu turut menyebabkan suasana di ibu pejabat Digi di Petaling Jaya, Selangor menjadi huru-hara seketika, semalam.

Insiden yang menjadi tular itu turut dirakam oleh rakan lelaki terbabit yang menemaninya ke ibu pejabat Digi.

Menerusi video itu, lelaki berkenaan yang berpakaian kemas berkemeja mengamuk dengan membaling telur sambil bertanyakan mana pengurus.

Pada masa yang sama, pekerja Digi dilihat cuba menenangkannya namun lelaki itu tetap bertegas mahu bertemu dengan pengurus.

Menurut maklumat yang kami terima, lelaki bernama Mohd. Al Iman ini tidak berpuas hati apabila Digi menolak sejumlah wang yang agak besar dari kad kreditnya, walhal sepatutnya tiada penolakkan.

Malah, dia juga telah membuat aduan melalui surat waima e-mel dan Facebook selama setahun namun tidak pernah dilayan.

Dek kerana tidak tahan ditipu, Mohd. Al Iman bertindak mengamuk di ibu pejabat Digi.

Difahamkan, masalah Mohd. Al Iman kini telah selesai secara damai apabila pihak Digi bersetuju untuk berbincang dan mendengar masalah yang dialaminya.

TONTON VIDEO KEJADIAN DI BAWAH;



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




Share this article :

Post a Comment

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah

 
Support : Creating Website | Gambir Sarawak | Gambir Sarawak
Copyright © 2015 - SAMPAI KIAMAT. I AM ZAUDIN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Gambir Sarawak
Proudly powered by Blogger