SHOPPE

Wanita Hamil Trauma Besi Melayang Atas Kereta

Share:
Wanita Hamil Trauma Besi Melayang Atas Kereta



SEORANG wanita hamil mengalami detik ngeri dalam hidupnya bak aksi menerusi filem Final Destination apabila sebuah panel aluminium terjatuh di atas keretanya.




Kejadian tersebut berlaku ketika mangsa ketika sedang memandu di Kilometer 9 Lebuh Iskandar Sultan menghala ke Johor Bahru, Johor semalam.

Insiden itu dikongsi oleh seorang netizen, Cik Senah Ronggeng, yang juga merupakan adik mangsa menerusi laman Twitter.

Gambar insiden ngeri itu turut menjadi tular melalui laman sosial sejak semalam.

“Gila besi melayang kena kereta kakak aku kat Highway Nusajaya. Nasib baik tak kena kepala weh!” katanya.

Difahamkan, besi itu terjatuh dari sebuah lori yang melalui lebuh raya berkenaan sebelum melayang ke kereta mangsa.


Menurut Cik Senah, kakaknya selamat daripada insiden itu namun mengalami trauma.

“Nasib baik kakak aku okay weh. Cuma dia menggigil je. Gila weh. Dah la pandu sorang-sorang.

“Alhamdulillah, kakak aku okay. Cuma luka sikit sebab terkena serpihan kaca. Kesian dia. Dah la pregnant,” tulis Cik Senah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad mengesahkan kejadian ini.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah