KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sedang menyiasat perbuatan seorang lelaki menyerupai wanita yang melakukan aksi tidak senonoh dengan menyanyi sambil menayang sebahagian payu daranya di sebuah kompleks beli-belah di sini, baru-baru ini.
Berdasarkan video aksi `wanita' itu yang tersebar dalam laman sosial, dia dipercayai menyanyi sambil diiringi sebuah kumpulan buskers dengan orang ramai merakam persembahannya.
Difahamkan, pelaku itu tiba-tiba menyertai kumpulan buskers berkenaan yang dijemput oleh pengurusan pusat beli-belah untuk membuat persembahan.
Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir, berkata beliau sudah meminta pegawainya menyiasat kejadian itu yang sepatutnya tidak berlaku khususnya di lokasi yang menjadi tumpuan orang ramai.
"Ini kerana saya dimaklumkan `orang awam' berkelakuan tidak senonoh itu tiba-tiba datang menyertai kumpulan buskers yang membuat persembahan."
Presiden Buskers Sabah juga ada menghubungi saya dan memaklumkan `orang awam' itu bukan penyanyi mereka tetapi tiba-tiba datang menyanyi bersama.
Dia juga memberi jaminan akan menasihatkan semua buskers agar perkara seperti ini tidak berulang. "Sehubungan itu, saya mengarahkan pegawai bahagian pelesenan untuk melakukan siasatan menyeluruh bagaimana kejadian berkenaan boleh berlaku.
Kita mungkin akan memanggil pelbagai pihak tertakluk kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi BH di sini, sebentar tadi. Video selama satu minit 20 saat itu menjadi viral di laman sosial termasuk WhatsApp, khususnya di negeri ini. - BH Online.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia
No comments
Thanks For Comment !!! :)