SHOPPE

‘Saya Akan Ceraikan Dia!’ – Mangsa Zakar Dipotong Isteri

Share:
‘Saya Akan Ceraikan Dia!’ – Mangsa Zakar Dipotong Isteri




ZAKAR milik lelaki warga Pakistan yang putus dipotong oleh isterinya menggunakan pisau cukur di Jempol, Negeri Sembilan pada Rabu akhirnya berjaya disambungkan.




Menurut peniaga kain berusia 42 tahun ini, dia hanya menyedari kemaluannya telah dipotong sebaik sahaja bangun dari tidur kira-kira pukul 1.40 pagi.

“Saya terjaga daripada tidur selepas berasa sakit yang teramat sangat di kemaluan dan melihat banyak darah.

“Saya segera hubungi anak saudara dan kami ke balai polis berhampiran. Anggota polis kemudian menghantar saya ke hospital (Jempol) sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Tambahnya, dia berjalan dalam keadaan darah menetes dan ketika itu isterinya yang merupakan warga tempatan, 51, itu hanya melihat saja.

Mengimbas kembali beberapa jam sebelum kejadian ngeri itu,  lelaki ini mendakwa isteri keduannya itu berkelakuan pelik dan enggan tidur di bilik yang sama dengannya.

“Saya tidur sebentar dan bila saya terbangun, saya lihat dia duduk di luar.

“Saya tanya dia kenapa dua tiga hari ini bila saya masuk bilik, dia keluar seperti mengelak saya, tetapi dia tidak jawab pertanyaan saya,” katanya.

Dalam pada itu, dia bercadang ingin menceraikan  isteri keduanya itu yang dikahwini sejak dua tahun lalu apabila dia sudah pulih.

“Saya akan ceraikan dia. Selepas ini saya tidak tahu lagi sama ada ingin pulang ke Peshawar, Pakistan atau terus mencari rezeki di Jempol.

“Isteri pertama saya dan keluarga ada di sana (Pakistan). Mereka sedih dengan kejadian yang menimpa saya.

“Niat saya pada awal hanyalah ingin berdakwah dan mengajar wanita yang juga seorang janda beranak lima itu mengenai Islam.

“Wanita itu kemudiannya menyatakan hasrat untuk memeluk Islam dan saya membawanya ke Pejabat Agama Islam Daerah Jempol. Kami kemudiannya berkahwin dua hari selepas wanita itu memeluk Islam,” katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Noorzainy Mohd Noor berkata, mangsa dilaporkan stabil selepas menjalani pembedahan selama 15 jam.

“Suspek (isteri kedua mangsa) kini ditahan reman selama tujuh hari (bermula semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam,” katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah