Peraturan aneh ini menurut portal Huffington Post adalah untuk mengawasi perilaku beberapa lelaki tempatan yang didapati kerap terlibat dalam kes kekerasan seksual terhadap kekasih ‘gelap’ mereka sejak sekian lama.
Pihak polis mewajibkan setiap lelaki berniat zina untuk membuat daftar rekod mereka kerana banyak kes serangan seksual sebelumnya sekali gus melindungi hak kebajikan wanita yang disetubuhi teman lelaki atau suami orang.
Lelaki terbabit perlu menghubungi petugas di balai polis untuk menjelaskan identiti wanita yang akan diajak tidur bersama selain telefon bimbit mereka juga harus aktif, untuk mudah dihubungi pihak polis jika ada kes seksual.
“Anda harus melaporkan nama penuh wanita itu, alamat rumahnya, serta tempat asal kelahirannya,” menurut kenyataan menerusi pengumuman hebahan awam jurucakap polis Yorkshire yang dipetik oleh media tempatan.
Waima peraturan ini nampak lucu, pesalah jika didapati nekad tidak membuat laporan polis sebelum berzina dan terbukti melakukan kekerasan seksual, maka pelakunya boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.
Langkah ini terpaksa dilaksanakan pihak polis setempat, meskipun bakal mendedahkan suami gatal yang curang; susulan pembebasan kontroversi seorang suspek berusia 40 tahun daripada tuduhan pemerkosaan tahun lalu.
Polis Yorkshire yakin memang berlaku serangan seksual, namun pihak mahkamah pula menyatakan tertuduh itu sebagai tidak bersalah dengan alasan mereka bersetubuh pun secara suka sama suka malah penuh kenikmatan.
Ekoran keputusan itu, polis Yorkshire menerapkan peraturan baharu iaitu lelaki wajib melaporkan kepada balai polis terdekat bahawa mereka akan melakukan seks bukan dengan pasangan rasmi seawal-awalnya dua bulan.
Peraturan ini bakal diperluaskan, kerana di England, jenayah seksual lazimnya menyaksikan suspek dibebaskan daripada hukuman atas alasan teknikal iaitu mangsa seronok disetubuhi suka sama suka dengan pelaku sendiri.
Seorang aktivis hak asasi wanita tempatan, Sarah Green, mendukung pelaksanaan wajib lapor kepada pihak polis bagi hubungan seks sedemikian rupa waima ia mungkin mengguris perasaan isteri yang setia dengan pasangan.
“Pelanggaran kejahatan semacam ini kerap berulang, sehingga perlu mekanisme untuk melindungi masyarakat khasnya wanita yang dinodai oleh suami orang tidak bertanggungjawab,” ujarnya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)