Aiman Hakim dan Fathia Latif putus cinta baru-baru ini selepas tiga tahun bercinta.
Sebaliknya, Ayda menyifatkan kontroversi itu sebagai suatu perkara yang merepek memandangkan dia sendiri tidak mempunyai nombor telefon bimbit aktor tinggi lampai tersebut.
“Saya tak tahu dan tak pernah menghubungi dia (Aiman). Lagipun tak pernah simpan nombor telefonnya. Saya kenal dia (Aiman) sewaktu menjalani penggambaran drama Isteri Separuh Mass dan setakat itu sahaja.
“Tapi, apa yang boleh saya cakap dia seorang artis yang sangat profesional dan sangat baik.
“Perkara ini sangat merepek. Ada yang suarakan pendapat mereka untuk saya mempunyai teman lelaki supaya saya tak dikaitkan lagi dengan mana-mana artis lelaki tetapi bagi saya itu tidak perlu kerana terpulanglah pada mereka bagaimana mahu mengendalikan sesuatu keadaan,” katanya memetik portal Rotikaya.
Dalam perkembangan sama, pelakon genit ini semakin mendapat perhatian ramai peminat, apabila namanya diumumkan menperolehi pencalonan paling banyak iaitu sebanyak empat kategori dalam Anugerah Meletop yang akan diadakan pada penghujung bulan Februari ini.
Ayda tercalon dalam kategori Pelakon Meletop, Lagu Meletop, Drama Meletop dan Penyanyi Meletop.
Anugerah itu akan dihoskan oleh Nabil Ahmad, Neelofa, Datuk Ac Mizal dan Jihan Muse.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)