PELAKON kontroversi, Tasha Shila mengakui dirinya sedang mengenali hati budi seorang lelaki bergelar kapten namun menafikan yang mereka sedang hangat bercinta.
Menurutnya, dia mengambil iktibar daripada perbuatannya sebelum ini yang gemar berkongsi segala kisah tentang diri dan kehidupan di laman sosial miliknya.
Tasha ketika berbahagia bersama bekas kekasih, Hans Wong.
Tasha berkata, “Kami cuma berkawan dan tiada ikatan cinta. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai soal hati dan biarlah kisah cinta saya dengan Hans dulu adalah yang terakhir diketahui umum.
“Selagi tiada ikatan yang sah, saya tidak akan bercerita kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali. Kalau saya bertunang atau akan berkahwin, saya akan jemput dan maklumkan kepada semua, bukan lagi menjaja kisah cinta.”
Sewaktu sedang hangat bercinta dengan Hans Wong dahulu, dia sering dikritik para peminatnya kerana sifat keterbukaan dalam pelbagai perkara.
Antara pelakon yang berbakat besar di Malaysia.
Selain itu, Tasha berkongsi harapannya agar tahun baharu ini akan membawa dirinya menjadi lebih baik dan jauh dari kontroversi yang hanya menjatuhkan namanya.
Pelakon yang terkenal menerusi drama Nasuha, Terukir Di Bintang dan Saleha ini berazam untuk terus maju dalam industri seni tanah air.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)