RESTORAN yang menghidangkan makanan sedap dan mempunyai pelanggan setia yang ramai biasanya menawarkan hidangan dengan resipi rahsia tertentu. Tetapi bagaimana jika diketahui, resepi rahsia tersebut adalah dadah jenis candu?
Inilah yang dilakukan banyak restoran di beberapa daerah di China, antaranya di Shanghai dan Beijing.
Pihak berkuasa di sana kini giat menjalankan penyiasatan terhadap premis-premis makanan yang disyaki menjadikan candu sebagai perasa tambahan di dalam makanan yang dihidangkan kepada pelanggan.
Setakat ini, lima restoran telah dikesan menggunakan bahan terlarang tersebut dan kesemua pemiliknya telah ditahan manakala 30 restoran lain masih disiasat.
Pada 2004, kira-kira 215 restoran di Guizhou ditutup kerana kesalahan menghidangkan makanan berisi candu kepada pelanggan dan pada 2012, tujuh restoran di Ningxia juga ditutup atas kesalahan sama.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)