SATU gambar palsu yang dikaitkan dengan program "I want to touch a pig" telah dikesan mula tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lepas.
Gambar PALSU Perempuan Melayu Sentuh Babi Mula Tersebar!!..
Gambar tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, memaparkan beberapa orang wanita Melayu bertudung menyentuh anak babi sambil tersenyum tanpa sedikit pun rasa jijik dan bersalah.
Pengguna Facebook tersebut tanpa usul periksa memuat naik gambar PALSU tersebut disertai dengan komen ala-Islamik yang "marah dan geram" terhadap apa yang berlaku. Berikut adalah komen beliau:
Bila hukum syariah tidak dipelajari dan fahami secara mendalam. Lagak bodoh dan teruja dek bisikan syaitan. Dek pengaruh liberalisasi yg dangkal lagi menjahilkan. Akhirnya tanpa sebab munasabah..dilakukan sebagai suka-suka, cuba-cuba dan ada niat sebagai satu keberanian yg menghina diri sendiri.
Bermula dengan program sentuh anjing, kini program sentuh babi. Tak lama lagi program makan babi... minum arak..seksual bebas..kawin sejenis....
Siapa yg mendorongnya? Siapa yg kata .." Lu bukan makan, lu pegsng saja maa...tala mati..". Ayat suruh mencuba, jika takut ditertawakan. Akhirnya terpedaya kerana jiwa kosong..entah di dalam tudung sudah berloket salib.
Setelah disiasat, Gambar tersebut adalah palsu dan hasil suntingan individu yang tidak bertanggung jawab.
Portal akhbar online The Rakyat Post memdedahkan bahawa foto asal adalah gambar beberapa perempuan bertudung ketika program 'I want to touch a dog" yang diadakan pada 2014.
Foto asal yang belum disunting adalah milik The Malay Mail Online, yang diambil oleh jurufoto Choo Choy May.
However, checks by The Rakyat Post revealed that the original photo was of the girls touching a dog, taken during the ”I Want To Touch A Dog” event held in 2014.
The original, unedited photo belonged to online newsportal The Malay Mail Online, taken by Choo Choy May.
Beringatlah, jangan sembarangan berkongsi sesuatu maklumat JIKA ANDA TIDAK PASTI kebenarannya, supaya ianya tidak menimbulkan fitnah yang boleh membawa kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia









No comments
Thanks For Comment !!! :)