DALAM linangan air mata, pelakon, Fasha Sandha, 32, yang sah bercerai talak satu dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai, mengucapkan terima kasih kepada wartawan sebaik dikerumuni selesai prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, kira-kira jam 3.35 petang tadi.
Pelakon, Nur Fasha Sandha Hassan atau dikenali sebagai Fasha Sandha (kiri), kelihatan sebak ketika ditemuramah media selepas menghadiri kes perceraiannya di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta
“Saya tak ada komen apa apa. Terima kasih,” katanya. Bagaimanapun, dalam kenyataan media yang diedarkan, ibu tunggal kepada dua anak iaitu Putra Rayfal 2, dan Raysha Jemyma, 14 bulan, reda dengan apa yang sudah tertulis.
“Perceraian ini adalah jalan terbaik untuk kedua-dua belah pihak. Saya sudah berusaha menyelamatkan perkahwinan ini.
“Saya redha dan akan meneruskan kehidupan dengan dua anak saya,” kata Fasha sebelum meninggalkan mahkamah ditemani dua sahabatnya, penyanyi, Farahdhiya dan Pengarah Urusan Nouvelle Visages, Rita Susilawati.
Manakala Jejai yang ditemani rakannya kelihatan menangis teresak-esak ketika keluar dari kamar hakim sebelum meninggalkan mahkamah.
Lafaz cerai itu dibuat dalam kamar Hakim Syarie, Muhamad Abdul Karim Wahab, kira-kira jam 3 petang secara tertutup. Fasha memfailkan permohonan cerai pada 18 Januari lalu di mahkamah sama.
Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984. Fasha dan Jejai mendirikan rumah tangga pada April 2012.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia
No comments
Thanks For Comment !!! :)