SHOPPE

Penyediaan Arak Dan Kain Seksi Terbelah Dua Adalah Daya Tarikan Pelanggan-Dr Zaharuddin

Share:
Penyediaan Arak Dan Kain Seksi Terbelah Dua Adalah Daya Tarikan Pelanggan-Dr Zaharuddin





Penyediaan Arak Dan Kain Seksi Terbelah Dua Adalah Daya Tarikan Pelanggan-Dr Zaharuddin|Coretan Dr Zaharuddin Abdul Rahman berkenaan RAYANI AIR  yang perkhidmatannya  mematuhi syariat islam meskipun CEO mereka adalah seorang india selepas tony fernandes.




Sebelumnya Memang Agak sukar menemukan syarikat penerbangan di malaysia seperti pemakaian yang menutup aurat,tiada penyediaan arak dan pembacaan doa sebelum berlepas.

Karena kebanyakan syarikat penerbangan mempercayai arak dalam pesawat itu dan kain seksi yang terbelah adalah daya tarikan pelanggan.


Isu itu telah dikemukakan oleh Dr. Zaharuddin Abd Rahman,Berukut ulasan beliau.

Tahniah Rayani Air yang mengumumkan sebagai syarikat penerbangan patuh shariah pertama di Malaysia, kerana:-

1. Tiada hidangan alkohol (namun ujian sebenar kepada polisi ini adalah apabila wujud perjalanan antarabangsa dan bukan hanya domestik)

2. Staff muslimah diwajibkan berhijab

3. Dimulakan dengan doa

4. Makanan yang dihidang berstatus Halal.

Siapakan pemiliki rayani air.untuk pengetahuan andan founder rayani air ini adalah ravi alagendrran,manakala manging director rayani air ini adalah dati karthiyani govindan
Siapakan pemiliki rayani air.untuk pengetahuan andan founder rayani air ini adalah ravi alagendrran,manakala manging director rayani air ini adalah dati karthiyani govindan
Apa yang lebih manis apabila, pengasas dan pemiliknya iaitu Ravi Alagendrran (Founder) dan Dato Karthiyani Govindan adalah dari bangsa India dan bukan pula beragama Islam (Maaf jika tersilap & pohon dimaklumkan jika saya silap). Ia hebat, kerana yang bukan Islam pula yang mampu mendokong ciri-ciri Islam dalam pesawat milik mereka berbanding orang Islam.

Namun patuh Shariah janganlah hanya dihadkan kepada empat item itu sahaja tetapi juga lain-lain ciri, antaranya :-

1. Kualiti pekerja menjadi keutamaan
2. Gaji pekerja kompetitif iktiraf pencapaian (khususnya bila sudah berkembang nanti)
3. Syarikat tidak berhutang dari bank konvensional dengan riba.
4. Wang tunai & pelaburan syarikat disimpan di institusi kewangan halal.
5. Penyelenggaraan pesawat wajib sentiasa ikut SOP tertinggi keselamatan.
6. Harga tiket yang kompetitif
7. Penumpang ditawar untuk ambil perlindungan takaful dan bukan insuran.
8. Membayar hutang supplier ‘on time’ berdasarkan terma kontrak.
9. Bersifat mesra pelanggan OKU, yang uzur & memerlukan.
10. Jangan wujud caj tersembunyi (hidden charges) dalam harga tiket dan caj bagasi tersembunyi.
11. Pakaian staff wanita Islam perlu dilonggarkan sedikit lagi agar tidak jelas menunjukkan bentuk badan mereka, khususnya di bahagian sensitif.

Apapun tahniah kerana tidak termakan dengan dakwaan murahan sesetengah pihak kononnya “arak diperlukan di dalam pesawat kerana itu nilai komersial sesebuah pesawat, kain perlu terbelah dan seksi kerana daya tarikan pelanggan.”

Dr. Zaharuddin Abdul Rahman
PRESIDEN MURSHID




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah