Namun, dalam kesibukan merancang persiapan majlis perkahwinan mereka, pasangan selebriti ini tiba-tiba dikritik hebat oleh netizen susulan tersebarnya gambar pra-perkahwinan mereka.
Ini kerana gambar pra-perkahwinan Sam dan Syatilla hasil bidikan Amir Naufal Photography disifatkan terlalu intim, ‘terlajak mesra’ dan tidak sesuai dengan imej aktres jelita yang sudah berhijab itu.
Mengulas perkara itu, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin memberitahu, dia enggan melayan komen-komen negatif yang dilemparkan orang ramai.
Sebaliknya dia hanya ingin memberikan fokus sepenuhnya terhadap persiapan perkahwinan mereka.
“Saya ada terbaca mengenai hal tersebut tetapi saya mengambil langkah untuk tidak mempedulikan kata-kata negatif yang diberikan kepada saya.
“Saya tak boleh nak buat apa kerana orang boleh berkata apa sahaja sama ada yang baik atau pun buruk, jadi biarlah mereka nak cakap apa pun.
“Saya tak nak ambil tahu dan yang lebih penting bagi saya sekarang adalah fokus terhadap persiapan perkahwinan.
“Cukuplah saya sibuk nak uruskan persiapan jadi saya tak mahu tambahkan stress dengan melayan perkara-perkara remeh seperti itu,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, pelakon drama Sha dan Shah ini turut bercerita mengenai persiapan perkahwinan yang sudah siap hampir 70 peratus.
Majlis pernikahan pasangan ini akan berlangsung di kediaman Syatilla di Nibong Tebal, Pulau Pinang dan disusuli dengan majlis resepsi pada 9 Februari di Bukit Jawi Golf Club, Pulau Pinang.
Manakala, majlis bertandang akan diadakan pada 14 Februari di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)