MAJORITI wanita berasa tidak lengkap jika keluar dari rumah tanpa mekap di wajah. Perasaan rasa ‘tak siap’, tak cantik dan risau terdedah parut jerawat atau lompong di permukaan kulit muka menjadi ketakutan kepada wanita kaki solek.
Secara purata seorang wanita di Amerika Syarikat membelanjakan US$15,000 demi alat solek sepanjang hayatnya. Namun, ianya tak terasa kerana alat solek dibeli satu persatu.
Tapi cuba jumlahkan nilai keseluruhan alat solek yang dimiliki dan darab dengan 4 jika anda membelinya 4 kali setahun, banyak kan?
Sebenarnya kurang dari 15% daripada harga jualan adalah kos pembuatan alat solek. Itu bermakna harga tidak semestinya melambangkan kualiti produk kerana selebihnya anda bayar untuk ini:
1. Kos pemasaran dan pengiklanan
2. Kos rekabentuk dan pembungkusan
3. Nilai jenama berprestij
4. Sewa ruang pameran/lot kedai
5. Orang yang membantu untuk menjual produk
6. Contoh produk untuk diuji pelanggan
7. Perkhidmatan pemulangan produk sekiranya tidak berpuas hati
8. Peralatan perkilangan
9. Penyelidikan dan pembangunan produk
Kualiti kosmetik bergantung kepada bahan yang digunakan dan cara ia dikilangkan.
Randy Schueller, ahli kimia kosmetik yang berpengalaman lebih 30 tahun mendedahkan, kualiti kosmetik berasaskan serbuk seperti pembayang mata dan pemerah pipi ditentukan oleh cara pengilangannya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)