SHOPPE

Nenek Dakwa Rahsia Umur Panjang Dengan Hisap Rokok

Share:
Nenek Dakwa Rahsia Umur Panjang Dengan Hisap Rokok


Seorang nenek berusia 112 tahun mendakwa rahsia umur panjangnya adalah dengan menghisap rokok dan dia menghisap 30 batang rokok sehari dalam tempoh 95 tahun .




Batuli Lamichhane dilahirkan di Nepal pada bulan Mac 1903 dan mula merokok pada usia 17 tahun.

Dia mendakwa tabiat itu adalah rahsia umur panjang.

“Saya tidak kisah berapa usia saya pun tetapi saya amat tua. Saya sudah menyaksikan banyak perkara sepanjang hidup ini,’’ katanya yang tetap merokok meskipun sudah tua.

Menurut Batuli, dia sudah merokok lebih 95 tahun. Suaminya meninggalkannya sejak lapan dekad lalu selepas berhijrah ke India untuk mencari kerja.

Manakala anak sulungnya pula berusia 85 tahun. Empat anaknya yang lain telah meninggal dunia.

Batuli juga percaya ada rahsia tertentu untuk hidup panjang.

“Orang zaman moden ini berdepan terlalu banyak tekanan. Mereka yang tidak mahu bekerja tidak akan hidup lama jadi anda perlu aktif dan bebas dari tekanan.

“Anda kena sentiasa gembira, barulah umur panjang,’’ katanya.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah