Di Kolej Vokasional Penerbangan Awam Sichuan, wilayah tengah China, pelajar harus menjalani latihan yang sangat ekstrem iaitu mereka perlu mengigit penyepit barangan makanan dan beberapa barangan lain bagi mendapatkan senyuman yang sempurna.
Bukan itu sahaja, mereka juga perlu mengimbangi buku yang diletakkan atas kepala menegakkan kedudukan badan manakala sekeping kertas bersaiz A4 dikepit kedua-dua kaki apabila berdiri tegak.
Latihan ini adalah persediaan bagi pelatih menghadapi peperiksaan sebelum menjadi pramugari atau pramugara secara rasmi. Menurut seorang pelajar di situ, Zhan Tong Tong mengatakan dia terpaksa menguasai kemahiran akrobatik bagi menjadi pramugari yang berjaya.
Kami bukan sahaja perlu mengimbangi botol yang diletakkan di atas kepala selama tiga minit, tetapi pada masa sama perlu mengekalkan senyuman bagi mempamerkan gaya elegan seorang pramugari.
Kami sering berlatih sendiri mengimbangi botol dan buku bukan semata-mata untuk peperiksaan tetapi menjadi individu yang lebih bersopan.
Wah sangat mencabar untuk menjadi seorang pramugara dan pramugari yang berkelayakan. Rasanya kalau tak kuat semangat ni tentu pasti awal-awal lagi putus asa.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : penhijaudaun
No comments
Thanks For Comment !!! :)