Pulang Mengerjakan Umrah, Raja Farah Hamil 2 Bulan
RAJA Farah telah disahkan hamil dua bulan dan perkara ini disahkan seminggu selepas Raja Farah dan suami, Iskandar Ismail pulang dari Tanah Suci mengerjakan umrah pada bulan Disember tahun lalu.
“Alhamdulillah kerana akhirnya keinginan untuk menjadi ibu dimakbulkan Allah. Saya hanya mengetahui diri saya hamil apabila membuat pemeriksaan pada 5 Januari lalu.
Berita ini cukup menggembirakan saya dan suami kerana setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti mengimpikan cahaya mata”
Raja Farah dan suami
“Diikutkan saya tidak pernah merancang apatah lagi mengharap kerana bimbang nanti diri akan kecewa. Saya sering memujuk diri mungkin masa untuk hamil belum tiba.
“Pernah juga terdetik di hati, apakah saya tidak mungkin mengandung tetapi berita ini melenyapkan semua perasaan sangsi itu”
“Sukar digambarkan dengan perkataan kerana selama ini, saya memang berharap untuk segera menjadi ibu. Bagaimanapun, sebelum melaluinya saya diuji dengan pelbagai dugaan namun Allah itu adil.
“Penantian panjang saya itu berakhir apabila disahkan hamil,” jelasnya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)