SHOPPE

Bagaimana Merkuri Dalam Kosmetik Putihkan Muka

Share:
Bagaimana Merkuri Dalam Kosmetik Putihkan Muka



PENGGUNAAN merkuri dalam kosmetik telah diharamkan di Eropah sejak tahun 1976 dan kemudian Pentadbiran Makanan Dan Dadah  (FDA) di Amerika Syarikat mengharamkan penggunaannya pada tahun 1990.




Mengikut fakta, pigmentasi ataupun kecerahan warna kulit disebabkan penghasilan melanin. Tompok hitam ataupun kulit gelap boleh disebabkan oleh penghasilan melanin berlebihan oleh sel melanocytes, sel yang berfungsi menghasilkan pigmentasi warna kulit.

Pigmentasi warna kulit ini boleh disebabkan oleh terdedah kepada cahaya matahari berlebihan, proses penuaan (peningkatan umur) dan juga gangguan hormon semasa bersalin ataupun disebabkan oleh pengambilan ubat.

BAGAIMANA MERKURI PUTIHKAN KULIT?


Merkuri ataupun dalam Bahasa Melayu dipanggil ‘raksa’ biasa digunakan dalam produk kosmetik krim pencerah atau pemutih untuk berikan kesan yang segera. Raksa ini bertindak memutihkan kulit dengan menghalang atau melambatkan proses penghasilan melanin.

Melanin adalah pigmen atau warna coklat yang dihasilkan oleh sel melanocytes di kulit. Melanin adalah pelindung semulajadi yang dihasilkan badan untuk melindungi kulit dari sinaran UV Matahari.

Walaubagaimanapun, penghasilan melanin yang berlebihan menyebabkan warna kulit menjadi gelap ataupun tidak sekata.

Selain raksa, ada beberapa bahan lain yang berbahaya ataupun beracun biasa digunakan dalam produk kosmetik untuk tujuan memutihkan kulit seperti hidrokuinon dan tretinon.

Bahan-bahan pemutih beracun ini biasanya dicampurkan dalam produk kosmetik krim pemutih terutamanya krim malam (Night Cream).

Raksa dalam krim pemutih yang digunakan berulang kali boleh terkumpul di kulit dan kemudiannya menyerap ke dalam badan lalu masuk ke salur darah. Raksa berbahaya kerana ianya mudah diserap oleh badan tetapi sukar untuk disingkirkan atau dikeluarkan.

KESAN BURUK MERKURI


Apabila raksa ini digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi termasuk gatal-gatal, ruam pada kulit, hilang warna kulit (skin discoloration) dan juga parut. Terdedah kepada raksa untuk jangka yang lama membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan.

WHO memberi amaran penggunaan raksa untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan gangguan sistem saraf. Raksa yang tinggi dalam badan juga menyebabkan gangguan emosi, tekanan, psikosis dan mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah