SEKUMPULAN wanita di Brazil membuat demonstrasi dengan membuka bikini/coli mereka ketika bersantai di pantai Ipanema, Rio de Janeiro semalam sebagai projek kempen kesedaran barah payudara.
Selain itu, agenda topless itu juga sebagai salah satu cara untuk membantah peraturan yang tidak membenarkan mereka tidak berbaju/topless di pantai berkenaan yang telah dilaksanakan sejak tahun lepas lagi.
Undang-undang itu diperkenalkan oleh pihak berkuasa Brazil dan sekiranya mana-mana wanita melanggarnya, mereka boleh dikenakan hukuman penjara tiga bulan hingga setahun.
Projek ‘Topless in Rio’ ini diadakan agar melarang peraturan itu daripada diaplikasikan kerana mereka menganggap kerajaan mendiskriminasi hak asasi kaum wanita.
Menurut presiden projek itu, Ana Paula Nogueira, sepatutnya hak wanita untuk berbogel atau tidak berbaju di pantai itu tidak dinafikan oleh pihak berkuasa.
“Kami akan meneruskan demonstrasi ini untuk meningkatkan kesedaran orang awam mengenai perkara ini yang sepatutnya mendapat perhatian mereka,” katanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : neversaymusic
No comments
Thanks For Comment !!! :)