SHOPPE

Gara-Gara Khabar Angin Di Media Sosial Dua Lelaki Dibakar Hidup-Hidup

Share:

Gara-Gara Khabar Angin Di Media Sosial Dua Lelaki Dibakar Hidup-Hidup



Di Mexico, kerana khabar angin dua lelaki yang dikenali sebagai Alberto Flores Morales, 53 tahun dan Ricardo Flores Rodriguez, 21 tahun mati dibakar hidup-hidup.

Ditangkap polis tapi untuk kesalahan lain


Sumber: Sinar Harian

Pada awalnya, mereka ditangkap oleh pihak polis Mexico disebabkan mengganggu perempuan yang lalu-lalang di jalan dan minum arak di tempat awam. Malangnya, disebabkan kuasa media sosial yang menyebarkan khabar angin yang mendakwa dua orang lelaki itu dipenjarakan akibat cuba menculik kanak-kanak di kampung tersebut dan telah menimbulkan kemarahan penduduk kampung. Ini khabar angin je tau!

Dibakar hidup-hidup di hadapan ramai

Sekumpulan perusuh telah menceroboh lokap balai polis dan mengheret dua lelaki tersebut dan memukul mereka beramai-ramai lalu dibakar hidup-hidup.




Bukan sahaja dua lelaki dibakar, malah kereta yang dipercayai milik mangsa juga turut dbakar.
Disebabkan khabar angin yang tersebar didapati palsu oleh pendakwa raya negeri dan kini kes pembunuhan kejam itu disiasat.

 Sumber: Sinar Harian 

Jangan mudah percaya khabar angin di media sosial

Kes ini sangat kejam kerana yang tidak bersalah mati begitu sahaja gara-gara khabar angin yang cepat tersebar di media sosial tanpa ada kesahihan dari pihak berkuasa. Ditambah pula, masyarakat yang bertindak melulu menghukum dan membuat undang-undang sendiri menjadikan kes ini menjadi lebih serious.

Sebagai pengguna media sosial kita perlu berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu berita. Kalau tak, huru-hara jadinya!



Sumber : lobakmerah

Post a Comment

No comments

Thanks For Comment !!! :)