SHOPPE

Nabila Razali Suka Lelaki Nakal Dan Berambut Panjang

Share:

Nabila Razali Suka Lelaki Nakal Dan Berambut Panjang


Nabila Razali Suka Lelaki Nakal Dan Berambut Panjang | Khas untuk para jejaka di luar sana! Anda berambut panjang? Adakah karakter anda seperti lelaki nakal? Jika iya, andalah yang dicari-cari!
Penyanyi muda, Nabila Razali yang terkenal dengan lirik lagu cumi cumi dikatakan sedang mencari teman dengan perwatakan itu untuk dirinya. Aik, Nabila sedang mencari calon pilihan ke?

 Sumber: Instagram 

Tiada calon sesuai lagi

Memetik BH Online, buat masa ini tiada ora ng lagi yang berjaya memenuhi kehendaknya itu.

 Sumber: MStar 

Tapi janganlah terkejut sebab sebenarnya dia sedang mencari pelakon lelaki dengan karakter dikatakan untuk muzik video single terbarunya, yang akan dilancarkan Oktober ini.

“Saya masih lagi menyanyikan lagu ciptaan Hael (Husaini) dan inilah percubaan pertama saya membawakan irama rock. Bagi saya, perubahan ini juga satu gimik sempena kemunculan single terbaru.




“Bagaimanapun, sehingga kini saya belum bertemu lelaki sesuai dan pencarian masih diteruskan,” jelasnya yang pernah jadi mencipta kekecohan di kalangan netizen, menerusi gimik lagu Pematah Hati bersama pelakon kacak Aedy Ashraf.

Nakal, nakal, nakal!

 Sumber: Instagram 

Nabila lebarkan aktiviti seni

Selepas popular dengan lagu Pematah Hati, Nabila yang kini dalam peringkat melebarkan rangka kerjaya seninya ingin mencuba genre rock untuk lagu terbaru.

“Bagi saya, perubahan ini juga satu gimik sempena kemunculan single terbaru,” jelasnya.
Dalam pada itu, Nabila juga tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular dan Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian.



Sumber : lobakmerah

#nabilarazali

Post a Comment

No comments

Thanks For Comment !!! :)