SHOPPE

Anzalna Nasir Dah Pasang Niat Nak Berhijab

Share:
Anzalna Nasir Dah Pasang Niat Nak Berhijab



KEDENGARAN klise namun apabila seseorang selebriti itu mula berhijrah dengan memakai tudung, tujuan mereka dikatakan semata-mata untuk mempromosikan bisnes hijab yang bakal dikeluarkan mereka.




Terbaharu, aktres Anzalna Nasir dikaitkan dengan trend sebegitu selepas melancarkan jenama tudungnya, Anzel Scarf secara kerjasama dengan pengasas D’herbs, Datuk Alif Syukri.


“Saya memang ada hasrat untuk bertudung dan bila memasuki perniagaan hijab ini perasaan itu semakin kuat.

“Tapi kalau boleh saya tidak mahu terpaksa untuk berubah, jika sudah pakai tudung saya tidak mahu buka lagi. Insya-Allah masanya akan tiba, namun saya tidak mahu menetapkan sasaran bila,” jelas Anzalna kepada mStar Online.

Menurut pelakon jelita ini, tujuannya menceburi bisnes tudung bukanlah mendapat keuntungan semata-mata sebaliknya ingin membuka peluang kepada orang lain membuat keuntungan bersama menerusi jualan stokis.

Sama-sama kita doakan hijab keluaran Anzalna mampu berdiri sebaris dengan jenama-jenama hijab terkemuka lain di pasaran selepas ini, selain terbuka hati Anzalna untuk segera berhijrah menjadi muslimah sejati!




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah