SHOPPE

Tunang Hilangkan Diri Sebelum Walimatul Urus

Share:
Tunang Hilangkan Diri Sebelum Walimatul Urus



MARAN – Seorang lelaki yang dijadualkan melangsungkan perkahwinan pada 28 Mei ini bingung dengan tindakan bakal isterinya menghilangkan diri sudah 4 hari, lapor akhbar tempatan.




Khairul Nizam Husain, 33, peniaga sebuah restoran hanya menyedari kehilangan bakal isterinya, Siti Mariam, 18, hilang ketika ke rumah bakal isterinya Rabu lalu untuk menjemput gadis itu ke tempat kerja di restoran miliknya.

SITI MARIAM ROSLI

“Bakal isteri bekerja di restoran milik saya. Namun dia tiada di rumah pada hari itu. Menyedari kehilangannya, saya bersama dengan ahli keluarganya cuba mencarinya di sekitar Bandar Pusat, Jengka.

“Kami menemui motosikal miliknya yang ditinggalkan di tepi jalan. Saya bingung dan buntu, tarikh perkahwinan kami tinggal kira-kira seminggu saja lagi,” katanya.

Segala persiapan ujarnya telah dilakukan, malahan kad jemputan juga sudah diedarkan kepada kenalan.

Menurut Khairul, mereka tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang perhubungan, bahkan segala kelengkapan dari segi wang hantaran mencukupi selain set pelamin siap dipasang di rumahnya.

“Kali terakhir saya menghubunginya kelmarin, dia ada meminta saya berhenti daripada mencarinya sebelum talian telefon bimbit dimatikan,” katanya.

Justeru, Khairul meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau lokasi tunangnya itu menghubunginya di talian 012-3262569.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah