SHOPPE

Facebook Larang Pamer Model ‘Plus Size’

Share:
Facebook Larang Pamer Model ‘Plus Size’



LAMAN sosial Facebook didakwa mengeluarkan larangan ke atas sebuah pengusaha iklan daripada memaparkan model berbadan besar kerana didakwa konon menayangkan tubuh badan dalam keadaan tidak senonoh.




Sebuah iklan yang menampilkan Tess Holliday memakai bikini sebagai model dianggap sebagai sebuah iklan yang tidak memenuhi kriteria malah menampilkan bentuk badan dalam situasi yang ‘tidak sedap’ mata memandang.


Kenyataan itu telah membuatkan sekumpulan feminis Australia yang dikenali sebagai Cherchez La Femme berang dengan pihak pentadbir Facebook atas dakwaan aneh tersebut.

Menurut pihak Facebook, iklan sebegitu boleh membuatkan penonton berasa kecewa dengan diri mereka dan mendakwa pihak tersebut telah melanggar peraturan pengiklanan yang telah digariskan.

FOTO YANG MENJADI PERDEBATAN ANTARA PIHAK FACEBOOK DAN CHERCHEZ LA FEMME
Malah pihak Facebook turut menyarankan untuk menggunakan foto yang lebih relevan seperti seorang model sedang mengayuh basikal atau berlari.

Bagaimanapun menurut salah seorang daripada ahli kumpulan tersebut, Jessa Gleeson, dia faham sekiranya pihak Facebook cuba untuk menangani masalah gangguan pemakanan.

Tetapi mereka harus ingat bahawa pengguna Facebook juga ada yang terdiri daripada pelbagai saiz dan berat badan.

JESSA GLEESON
Yang peliknya, mereka tidak pula cuba melakukan pengharaman sebegini apabila imej wanita bersaiz tubuh yang dianggap ‘ideal’ menurut standard kecantikan yang diterima umum, disiarkan di media sosial.

Difahamkan, pihak Facebook telah memohon maaf di atas kesilapan mereka kerana tersalah tafsir akan iklan tersebut.

“Dasar kami (Facebook) adalah untuk membantu melindungi masyarakat daripada serangan iklan yang boleh merosakkan imej mereka dan kami memohon maaf di atas kesilapan penilaian tersebut,” tulisnya kepada Gleeson.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah