SHOPPE

Hebat… Anak Tempatan Cipta Salam Browser, Mesra Syariah

Share:
Hebat… Anak Tempatan Cipta Salam Browser, Mesra Syariah



MENARIK… Buat pertama kali, sebuah pelayar web yang mematuhi syarak dan mesra ajaran Islam dicipta khas buat pengguna Muslim.




Pelayar web yang dikenali sebagai ‘Salam Web’ ini dikatakan dapat menghalang pengguna daripada terlihat perkara-perkara yang dilarang Islam.

SALAM BROWSER

Antaranya, pengguna tidak boleh melayari laman-laman lucah, judi, hal-hal membahayakan dan sebagainya.

Ini kerana pelayar web ini akan membuang hasil berunsur lucah dan ganas itu termasuk di bahagian gambar dan video.

Pelayar web ini juga sesuai untuk anak-anak kecil agar mereka tidak dapat mengakses perkara-perkara yang menjerumus mereka ke arah maksiat.

Malah, anda juga dilindungi daripada spam-spam iklan yang mengganggu apabila menggunakan pelayar web ini.

Salam Browser yang dibina berasaskan Chromium hanya boleh digunakan di dalam sistem operasi Windows, buat masa ini.

Untuk pengetahuan anda, Salam Browser merupakan hasil ciptaan anak tempatan. Hebat bukan?




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah