SHOPPE

Bakar Rumah Lepas Tahu Suami Kahwin Rahsia

Share:
Bakar Rumah Lepas Tahu Suami Kahwin Rahsia



DUBAI – Gara-gara tidak dapat mengawal emosi setelah menerima mesej yang tidak disangka-sangka daripada suaminya, seorang wanita hilang sabar lalu bertindak langsung membakar rumah mereka.




Akhbar tempatan Gulf News melaporkan, wanita yang sudah membina mahligai selama 10 tahun dan ada enam orang anak itu terkejut apabila mendapat tahu bahawa suaminya sudah pun berkahwin lagi.

Malah, suaminya itu juga dilaporkan sedang seronok bercuti ‘bulan madu’ di luar negara bersama-sama dengan isteri keduanya secara rahsia tanpa sebarang pengetahuan oleh si isteri pertamanya tersebut.

Dalam keadaan marah yang tidak terhingga, wanita berkenaan membakar rumah mereka yang terletak di bandar raya pelabuhan ternama Jazan, iaitu ibu kota wilayah Jizan pesisir Laut Merah di Arab Saudi.


Namun apabila panik melihat rumahnya itu hangus dijilat api yang marak, beliau kemudian segera pula bergegas mendapatkan bantuan daripada jiran tetangga berhampiran, lapor media tempatan.

Menurut jurucakap pihak bomba, seorang kanak-kanak berusia lima tahun disahkan cedera akibat kebakaran besar itu yang berjaya dikawal daripada merebak ke beberapa rumah penduduk di sekitarnya.

“Wanita ini membakar rumahnya sebagai melepaskan kemarahannya terhadap perkahwinan kedua suaminya itu. Salah seorang daripada anaknya cedera akibat kebakaran,” menurut laporan akhbar Al Sada.

Api akhirnya dipadamkan oleh pasukan pertahanan awam tempatan tetapi tidak pula diketahui bagaimanakah nasib wanita itu untuk meneruskan kehidupannya semula.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah