SHOPPE

Pelajar Seks Dengan 25 Lelaki Dalam Tandas Sekolah

Share:
Pelajar Seks Dengan 25 Lelaki Dalam Tandas Sekolah



SEORANG pelajar perempuan berusia 15 tahun disyaki mengadakan hubungan seks dengan 25 pelajar lelaki di sebuah tandas lelaki di Sekolah Tinggi Fort Myers, Florida, Amerika Syarikat, baru-baru ini.




Sehubungan itu, pihak berkuasa telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian tersebut.

Menerusi rakaman CCTV sekolah yang diambil, seramai 25 pelajar lelaki didapati bertukar ganti memasuki tandas yang sama, dipercayai mengikut giliran dilayan oleh pelajar perempuan terbabit.

Khabar angin mengenai ‘perlakuan jijik’ pelajar-pelajar tersebut mula diketahui selepas sebuah video yang dirakam sendiri pelajar wanita itu, dikatakan tersebar di kalangan pelajar sekolah terbabit selepas ia dimuat naik di laman sosial Snapchat.

Sehingga kini pihak berkuasa masih belum menemui video Snapchat berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

Menurut jurucakap sekolah, setakat ini tiada mana-mana pelajar ditahan dan siasatan secara dalaman sedang dilakukan pihak sekolah dan polis.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah