Jim Minnini, 58, telah dirawat di hospital umum Kingston di Ontario akibat kanser manakala isterinya pula Cindy, turut dirawat di situ selepas mengalami serangan jantung.
Cindy ditempatkan di sebelah bilik Jim, yang tenat ketika itu dan ketika Jim memegang tangan Cindy, wanita itu masih tidak sedarkan diri. Jim kemudiannya meninggal dunia.
Apabila Cindy membuka mata, barulah dia sedar bahawa suaminya yang dikahwini 24 tahun lalu telah tiada lagi di dunia ini.
Gambar pasangan itu memegang tangan telah dirakamkan oleh anak mereka Chris yang tidak mahu bapanya meninggal dunia tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada ibunya.
“Mereka tidak dapat dipisahkan sejak hari pertama bertemu. Mereka hidup bahagia hinggalah lapan tahun lalu apabila bapa saya disahkan menghidap kanser paru-paru.
“Pada 2012, bapa saya dimaklumkan oleh doktor bahawa dia hanya mempunyai 10 peratus peluang untuk hidup tetapi dia terus berjuang,” katanya.
Jim sebelum itu dimasukkan ke Hospital Umum Kingston manakala Cindy pula dirawat di Brockville namun apabila keadaan Jim semakin uzur, keluarganya telah mengatur agar Cindy dirawat di hospital yang sama.
“Apabila ayah tahu ibu dirawat di bilik bersebelahan, ayah menulis perkataan `ibu’ di atas sekeping kertas dan pada malam sebelum kematiannya, ayah mengalami mimpi ngeri dan telah menarik tiub yang dimasukkan ke dalam kerongkongnya.
“Dalam keadaan ayah yang semakin tenat, doktor telah membawanya menemui ibu tetapi ibu tidak sedarkan diri. Apabila keadaan ayah semakin teruk, doktor telah membawanya semula ke biliknya dan ayah kemudian meninggal dunia,” katanya.
Menurut Chris, dia merakamkan gambar berkenaan supaya ibunya tahu bahawa dia bersama ayahnya disaat lelaki itu meninggal dunia.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)