SHOPPE

Ibu Dikritik Biar Anak Pecahkan Artifak Di Muzium Seni

Share:
Ibu Dikritik Biar Anak Pecahkan Artifak Di Muzium Seni



DUA ibu di China dikritik netizen gara-gara membiar dan melihat sahaja anak mereka merosakkan bahan pameran di Muzium Seni Shanghai, baru-baru ini.




Mereka hanya melihat dan membiarkan anak mereka bermain dengan bahan seni biarpun pihak muzium tidak membenarkan pengunjung mendekati artifak seni tersebut.

Kedua-dua wanita itu juga sempat merakam gelagat anak masing-masing yang menarik bahan pameran berjudul Angel is Waiting iaitu sayap yang dibuat daripada kaca sehingga ianya pecah.

Susulan insiden yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) muzium tersebut, ramai netizen mengkritik malah meminta dua wanita tersebut membayar ganti rugi kepada artis yang menghasilkan artifak seni berkenaan iaitu Shelly Xue.

Muzium itu kemudian telah menukar nama hasil seni itu sebagai Broken malah turut menunjukkan ‘sejarah’ bagaimana namanya telah bertukar dari Angel is Waiting kepada Broken untuk tontonan pengunjung mereka.






-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah