Alor Setar – Seorang isteri cedera parah di paha kiri akibat ditetak suaminya dengan parang selepas wanita terbabit ditemui sedang memadu kasih dengan lelaki lain tanpa seurat benang dalam kejadian di Langgar, di sini.
Dalam kejadian pada 18 Jun, 2014, jam 2 pagi, lelaki berusia lewat 20-an itu dikatakan baru pulang berniaga di kedai makannya di Kepala Batas, di sini, sebelum menemui isterinya berusia awal 30-an dalam keadaan memalukan bersama seorang remaja lelaki.
Suspek yang menyaksikan kejadian terus ‘naik minyak‘’ dan menyerang remaja lelaki berusia 19 tahun terbabit selepas berlaku pertelingkahan antara mereka.
Tidak lama kemudian, suspek pergi ke dapur dan mengambil sebilah parang sebelum menetak remaja itu beberapa kali dan turut terkena pada isterinya menyebabkan kedua-duanya cedera parah sebelum menghubungi polis.
Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian lelaki terbabit tidak pulang ke rumah, sebaliknya terus ke kedai berhampiran kediamannya bagi membeli barang untuk memulakan perniagaan pada keesokan hari.
Namun, katanya, dia menukar fikiran kerana tidak sedap hati lalu pulang ke rumah. sejurus tiba di kedai kerana bimbang berlaku kejadian buruk di rumahnya.
“Sebaik tiba di rumah, suspek mendapati ada motosikal Modenas Kriss berwarna hitam dan sepasang selipar milik pekerjanya.
“Curiga dengan perkara itu, suspek membuat pemeriksaan dan menemui isterinya sedang berdua-duaan dengan lelaki berkenaan tanpa pakaian.
“Berang dengan kejadian itu, suspek menetak tangan dan kaki remaja itu sebelum libasan berkenaan terkena paha kiri isterinya,” katanya.
Katanya, wanita terbabit tidak sedarkan diri akibat pendarahan teruk, manakala remaja itu hampir putus tangan kiri dan parah di kaki.
“Sebaik anggota polis tiba, kedua-dua mangsa terlentang berlumuran darah dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Katanya, suspek sudah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.
“Siasatan awal mendapati mangsa wanita masih belum sedarkan diri dan kedua-duanya masih dirawat di Unit Kecemasan HSB.
“Polis akan melakukan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya tampil membantu siasatan,” katanya.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : ohdunia
No comments
Thanks For Comment !!! :)