SHOPPE

Impian Pak Mansor Tercapai Ihsan Penderma Misteri

Share:
Impian Pak Mansor Tercapai Ihsan Penderma Misteri



SEREMBAN – Impian warga emas yang mencari barangan terbuang bagi menunaikan haji di Makkah, Arab Saudi tercapai apabila menerima bantuan pelbagai pihak termasuk penderma misteri, semalam.




Mansor Ariffin, 78, atau lebih dikenali Pak Mansor sebelum ini sanggup berjalan sambil menyorong troli mencari barangan terbuang sejauh enam kilometer setiap hari kemudian dikumpul di pondok tidak jauh dari rumahnya.

Menurutnya, dia terharu apabila ada hamba Allah bermurah hati menghulurkan sumbangan bagi membolehkannya menyampaikan hasrat ke Tanah Suci.

“Saya tak tahu apa hendak dikatakan. Cuma saya teringin berjumpa hamba Allah itu yang menyalurkan sumbangan sejumlah wang kepada saya.

“Saya difahamkan, wang dalam TH (Tabung Haji) sudah mencapai RM10,600 dan sudah cukup membolehkan saya menunaikan rukun Islam itu.

“Sejak kisah saya tersiar dalam akhbar (Harian Metro) dua bulan lalu, pelbagai pihak datang melawat saya,” katanya sambil mengesat air mata kesyukuran.

Kisah Pak Mansor pernah disiarkan dalam akhbar ini, 18 Mac lalu hingga mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ini termasuk individu dari Kuala Lumpur yang menyumbangkan sebanyak RM3,000 melalui pertubuhan bukan kerajaan, Food Not Bombs (FNB).

Dalam laporan itu, Pak Mansor sanggup mengerahkan kudrat mencari rezeki kerana tidak mahu menyusahkan orang lain termasuk anaknya.

Isterinya, Aminah Talib, 75, pula lumpuh separuh badan sejak lima tahun lalu dan tinggal bersama anak kedua tidak jauh dari rumahnya.

Walaupun menerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sebulan, wang itu digunakan untuk membeli lampin pakai buang isteri.

Sementara itu, Presiden FNB, Fariz Shaharuzaman berkata, pihaknya menerima sumbangan wang tunai RM3,000 daripada individu di Kuala Lumpur yang enggan dikenali bagi membantu Pak Mansor mencapai hajatnya itu.

“Kami menerima amanah disampaikan kepada Pak Mansor dan sumbangan ini bagi menambah simpanan sedia ada dalam akaun TH milik Pak Mansor.

“Untuk keselamatan, kami tidak menyerahkan wang secara tunai sebaliknya memasukkan terus dalam akaun TH hari ini (semalam).

“Ketika kunjungan itu, seramai 30 pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut hadir dan mereka berhajat mengadakan majlis gotong-royong membersihkan kawasan sekitar rumah Pak Mansor,” katanya. – myMetro Online




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah