SHOPPE

Daniel Craig Pencen Jadi Bond, Tolak Tawaran RM402 Juta

Share:
Daniel Craig Pencen Jadi Bond, Tolak Tawaran RM402 Juta



PELAKON terkenal, Daniel Craig dilaporkan menolak tawaran bernilai RM402 juta (£68 juta) bagi membintangi dua lagi francais filem perisikan popular, James Bond.




Aktor berusia 48 tahun itu berkeras menolak walaupun dipujuk menerima tawaran lumayan tersebut.

Craig sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk tidak lagi menjadi agen 007 selepas Spectre namun pihak produksi dikatakan beranggapan dia akan tertarik sekiranya ditawar habuan lumayan.

Namun ternyata, aktor itu berpegang pada prinsipnya enggan meneruskan watak selaku agen perisikan popular itu.

Keengganan Craig telah mencetuskan spekulasi bahawa watak Bond terbaharu bakal digalas pelakon British, Tom Hiddleston.

TOM HIDDLESTON

Sehingga kini, pihak penerbitan masih belum mengeluarkan sebarang kenyatan mengenai siapakah aktor yang bakal menggantikan tempat yang ditinggalkan Craig selepas ini.

Craig telah menggalas watak Bond dalam empat filem iaitu Casino Royale, Quantum of Solace, Skyfall dan Spectre.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah