SHOPPE

Warga Emas Tolak 10 Pinangan Lelaki Akhirnya Rebah Di Pangkuan Peneroka

Share:
Warga Emas Tolak 10 Pinangan Lelaki Akhirnya Rebah Di Pangkuan Peneroka



Warga Emas Tolak 10 Pinangan Lelaki Akhirnya Rebah Di Pangkuan Peneroka|Kulai: “Sepuluh lelaki ingin masuk meminang selepas suami meninggal dunia empat tahun lalu, namun saya tolak. Bagaimanapun, hati saya akhirnya tertarik pada Perang, ia semua ketentuan Tuhan,” kata Salbiah Solei, 71.




Salbiah yang berasal dari Parit Raja, Batu Pahat meluahkan isi hatinya selepas selamat diijabkabulkan dengan Perang Sedek, 74, dari FELDA Air Tawar 5, Kota Tinggi pada majlis akad nikah diadakan Pejabat Agama Kulai, di sini, semalam.

Usia tidak menjadi halangan buat pasangan mempelai itu mengikat tali perkahwinan, malah niat mereka berumah tangga juga atas dorongan keluarga, selain adik-beradik.

Menurut Salbiah, sebelum ini, dia berasa terganggu dengan lamaran ramai lelaki termasuk warga Pakistan menyebabkan dia ‘menyorok’ di rumah anak saudara di Johor Bahru.

“Bagaimanapun, ini jodoh kami. Saya bersyukur pernikahan direstui adik-beradik serta ibu, Darmi Selamat yang kini berusia 107 tahun,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan Kadi daerah Kulai Mohd Fahami Samad dan majlis diuruskan Pejabat Agama Kulai serta mendapat penajaan NFL Bridal untuk hiasan semula pelamin, solekan serta pakaian selain khidmat fotografi Khairul Hayqa Solutions.

Anak sulung daripada 12 beradik itu berkata, cinta pandang pertama terhadap suaminya membabitkan usaha saudara serta adik-adiknya, 9 April lalu.

“Saya menjaga ibu ketika arwah suami ada lagi. Saya bimbang siapa menjaganya sekiranya saya bernikah. Bagaimanapun, adik-beradik memujuk saya hampir sebulan untuk menerima suami.

“Syukur mereka memberi sokongan dan berjanji mahu bergilir-gilir menjaga ibu, hati saya terbuka untuk berkahwin lagi,” katanya.

Sementara itu, Perang yang juga peneroka serta bekerja sebagai atendan stesen minyak berkata, ia perkahwinan ketiganya selepas kedua-dua isteri meninggal dunia.

Bapa kepada tujuh anak berumur 34 tahun hingga 49 tahun serta mempunyai 24 cucu dan dua cicit itu melahirkan rasa syukur kerana masih ditakdirkan bertemu jodoh di usia senja.

“Inilah jodoh, tidak sangka perkenalan hasil bantuan rakan membolehkan kami disatukan hari ini (semalam),” katanya.hmetro.com.my




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah