SHOPPE

Wanita Kongsi Kisah Dibantu ‘Hero Misteri’ Dalam Komuter

Share:
Wanita Kongsi Kisah Dibantu ‘Hero Misteri’ Dalam Komuter





NILAI kemanusiaan ternyata masih lagi menebal dalam diri sesetengah rakyat Malaysia.

Insiden yang menimpa wanita dikenali sebagai Reena Peter boleh dijadikan contoh, masih ada lelaki yang prihatin terhadap keselamatan wanita meskipun tidak mengenali satu sama lain.

Reena menerusi status Facebooknya pada Sabtu lepas berkongsikan kisah ini. Tulisnya:


(“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lelaki ini kerana menyelamatkan saya dan anak perempuan.

“Petang tadi saya dan anak pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki KTM. Memandangkan hari Sabtu tak ramai orang menggunakan KTM. Kemudian datang satu kumpulan lelaki berniat tidak baik terhadap saya dan anak memandangkan tiada penumpang lain dalam koc kami. Mereka mengugut suruh serahkan wang dan telefon bimbit.




“Tiba-tiba lelaki ini muncul lantas berlawan dengan kumpulan ‘penyangak’ terbabit dan berjaya tumpaskan mereka. Dalam keadaan trauma saya dan anak tak sempat bertanyakan nama dan mengucapkan terima kasih kepada ‘hero’ kami ini.

“Mujurlah anak sempat ambil gambarnya. Jika sesiapa mengenali beliau, tolong sampaikan padanya saya dan anak perempuan ucapkan terima kasih.”)

Sikap prihatin dan saling tolong menolong yang dipraktikkan lelaki ini harus dicontohi semua golongan masyarakat.

Boleh dikatakan, inilah hero sebenar kerana beliau tidak takut mempertaruhkan keselamatan sendiri demi orang lain yang memerlukan tanpa mengharap sebarang balasan.

Syabas diucapkan buat brader ini!



-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah