SHOPPE

Manjakan Kucing Anda Dengan ‘Jilat’ Bulunya?

Share:
Manjakan Kucing Anda Dengan ‘Jilat’ Bulunya?



WASHINGTON DC – Jika anda benar-benar teringin sangat hendak memanjakan kucing kesayangan anda, alat inovatif terbaharu ini mungkin caranya untuk berbuat demikian selepas ini.




Sepertimana keletah ibu kucing gemar menjilat bulu anak-anak kucing, manusia sebenarnya juga boleh melakukan perkara yang sama seperti lazim dibuat oleh kucing dewasa ribuan tahun lalu.

Ini mungkin aneh, namun ia juga tidak mustahil! Dikenali sebagai Licki Brush, ia adalah alat dengan bentuknya seperti lidah yang boleh digunakan untuk ‘menjilat’ bulu kucing anda.


Malah alat tersebut mempunyai tekstur kasar seperti lidah kucing sebenar, yang dapat memberus bulu kucing sambil si pemilik ‘menjilatnya’ penuh manja, lapor portal berita tempatan.

Setakat ini, masih belum ada kepastian harga Licki Brush, namun menurut laman Kickstarter yang berpusat di Portland Oregon, Amerika Syarikat, alat itu akan dijual di pasaran tidak lama lagi.

Direka oleh firma PDX Pet Design, sesuai dengan namanya yang bererti jilat, pengguna hanya perlu gigit berus itu dan kemudian menjilat bulu kucing tersebut.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah