SHOPPE

Video Lelaki, Teman Wanita Ditumbuk ADUN Kedah?

Share:
Video Lelaki, Teman Wanita Ditumbuk ADUN Kedah?


SEORANG pemuda mendakwa dia dan teman wanitanya dicederakan oleh seorang lelaki berstatus VIP iaitu Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Azmi Che Husain dan dua orang lelaki baru-baru ini.




Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh mangsa, Adam Naim memberitahu ketika kejadian, dia sedang memandu kereta untuk keluar daripada pusat beli belah Aman Central, Alor Setar pada 15 Mei, pukul 5.45 petang.

Sebaik sahaja masuk ke lorong tengah ke lampu isyarat di hadapan Aman Central, tiba-tiba sebuah Toyota Harrier yang dinaiki Azmi dan dua lelaki berusia 20-an bergerak ke sebelah kiri kenderaannya serta membunyikan hon.


“Waktu itu, lampu isyarat warna merah. Pemandu kereta itu menurunkan tingkap keretanya dan berkata: ‘Kenapa, kenapa..hang tak kenal lagi aku siapa’ berulang kali kepada saya dan meminta saya turun dari kenderaan,” kata Adam.

Dia memilih untuk tidak turun daripada kenderaannya tetapi terlupa bahawa pintu keretanya itu tidak berkunci.

“Kemudian lelaki 50-an dari kereta tersebut telah keluar dari keretanya dan buka pintu kereta saya sebelum tarik kunci kereta saya.

“Lelaki itu telah tumbuk saya di bahagian mulut saya. Akibat tumbukan itu, mulut saya mengalami luka.

“Kemudian lelaki tersebut telah menarik tangan saya untuk keluar dari kereta dan apabila saya keluar dari kereta saya telah menumbuk lelaki 50-an tersebut,” dakwanya.

Tambah Adam lagi, dia turut mendakwa ketiga-tiga lelaki berkenaan terus memukulnya, malah teman wanitanya turut ditumbuk di bahagian dada, tangan kanan dan kiri ketika cuba meleraikan pergaduhan.

Susulan insiden ngeri itu, mangsa turut berkongsikan gambar kecederaan dan satu laporan polis dibuatnya, bagi membuktikan bahawa dirinya berkata benar kepada netizen.







-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah