COLOMBO – Atas maklumat awam, polis Sri Lanka berjaya menyelamatkan seorang warga emas tempatan berusia 86 tahun yang dikurung dalam sebuah sangkar di Udatenna, Kandy.
Menurut jurucakap polis, Ruwan Gunasekara, warga emas itu dikurung oleh anak perempuannya berusia 51 tahun di dalam sangkar yang ditutupi selimut di tingkat bawah kediaman mereka.
Siasatan awal mendapati warga emas dibiarkan tanpa pakaian dan hanya ditutupi dengan sehelai baju serta dibiarkan tanpa perhatian khusus malah tidak diberikan makanan selama beberapa hari.
Polis berkata, badan wanita malang itu turut mengalami gatal-gatal malah dia kelihatan gelojoh menikmati makanan selepas kali pertama diberi kepadanya.
Dia kemudian menerima rawatan di Hospital Kandy manakala anaknya itu kini ditahan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret.
Sementara itu, pihak polis tempatan mengesahkan sedang menjalankan siasatan lanjut.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)