SHOPPE

“Kalau Dah Jodoh” Saya Suka Dia Sejak Kecil

Share:
“Kalau Dah Jodoh” Saya Suka Dia Sejak Kecil


“Kalau Dah Jodoh” Saya Suka Dia Sejak Kecil|Kuala Lumpur: “Sejak kecil saya dan Tuty (isteri) berkawan baik sebab kami berjiran. Tak sangka apabila dewasa kami bertemu semula dan alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah biarpun pernah terpisah 11 tahun, jodoh kami tetap ada,” demikian kata Norman Ridzuan Abdul Muthalib, 27.




Norman Ridzuan adalah pemuda bertuah yang berjaya memperisterikan cinta pertamanya, Syafawati Razali, 27, seorang doktor pelatih yang dikenalinya sejak berusia empat tahun.

Kisah mereka ini menarik perhatian ramai netizen di laman sosial semalam sehingga menerima hampir 80,000 likes dalam sebuah portal selepas sekeping foto perkahwinan dan zaman kanak-kanak mereka dimuat naik oleh abang Norman Ridzuan.

Berkongsi kisah percintaan mereka, menurut pemilik sebuah pusat tuisyen di Jitra, Kedah itu, mereka mengenali antara satu sama lain semasa kecil kerana menetap di Alor Setar, Kedah sebelum terpisah selepas keluarga isterinya berpindah ke Kelantan pada usia mereka mencecah lapan tahun.

“Tuty adalah jiran sebelah rumah saya ketika itu. Ibunya adalah seorang guru dan ibu saya adalah pengasuh yang menjaga dia dan adik beradiknya.

Jadi sejak itu kami akrab ke mana mana termasuk bermain dan pergi sekolah naik beca bersama.paling lucu yang tidak boleh saya lupakan ialah kami berdua kena marah dengan ibu saya kerana kami berjalan balik dari tadika ketika waktu rehat.katanya.

Menurutnya ikatan persahabatan yang terputus itu kembali terjalin selepas keluarga syafawati menziarahi mereka sekeluarga sampena aidilfitri pada tahun 2007.

Masa itu umur kami 18 tahun waktu itu saya sudah mula rasa yakin kami ada jodoh.kebetulan saya belajar dalam sebuah program persediaan ijazah ke jepun di universiti malaya manakala tuty pua program asasi di petaling jaya.Faktor ini memudahkan kami kerap berhubung sambungnya lagi.

Katanya haluan hubungan mereka tidak semudah yang di sangka apabila mereka sekali di uji pada tahun 2009 ketika dia menyambung pengajian di negara jepun.

Jodoh kami memang kuat,walaupun berjauhan kami masih berhubung sehingga saya mengambil keputusan untuk meminang tuty sebagai isteri,namun kedua dua keluarga meminta saya menamatkan pengajian terlebih dahulu.

Oleh itu sebaik saja tamat pengajian dan kembali ke tanah air saya nekat meneruskan niat untuk mengahwini tuty pada mac 2014.

Kini saya berzukur dapat memperisterikan orang yang saya suka kejak kecil,walaupun masih belum di karuniakan anak hidup kami tetap bahagia.tutupnya.







-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  eberita




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah