SHOPPE

Lelaki Potong Alat Sulit, Kecewa Tidak Dapat Anak Lelaki

Share:
Lelaki Potong Alat Sulit, Kecewa Tidak Dapat Anak Lelaki



BEIJING – Seorang lelaki dari China yang dikenali sebagai Yong, bertindak nekad memotong alat sulitnya akibat kecewa kerana tidak mendapat anak lelaki.




Tindakan kejam itu adalah sebagai satu hukuman terhadap kegagalan dirinya sendiri.

Yong, 36; yang mempunyai dua anak perempuan berusia tiga dan 12 tahun, telah mengambil jalan singkat itu setelah diejek oleh penduduk di kampungnya, kerana gagal memberikan zuriat lelaki.

Menurut ahli keluarganya, pada malam kejadian, dia mabuk selepas minum lima botol alkohol dan selepas mereka menyedari akan perbuatannya itu, Yong dikejarkan ke hospital.

Alat sulitnya itu turut dibawa di dalam beg mengandungi ais.

Namun setibanya di hospital, ketika doktor cuba menyambung batang zakarnya itu, Yong dilaporkan memarahi doktor kerana dia enggan organ kemaluannya disambung semula.

Doktor bagaimanapun tetap melakukan pembedahan untuk menyambung semula alat kelakian Yong dan proses itu mengambil masa selama empat jam.

Proses penyembuhan itu dijangka mengambil masa antara enam hingga 12 bulan.

Di kawasan pedalaman China, penduduknya mementingkan anak lelaki kerana ia membawa nama keluarga sementara anak perempuan pula akan berkahwin dan kemudiannya menjaga ibu bapa mertua mereka.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah