Phillip Frank Panzica ditangkap selepas didakwa berbogel dan melakukan seks dengan Chloe Scordianos hingga mengejutkan pelancong yang ada di situ.
Lelaki itu mendedahkan bahawa dia sepatutnya berkahwin dengan tunangnya, Mistie Bozant, sehinggalah dia mengetahui bahawa bayi yang dikandung oleh wanita itu adalah milik lelaki lain.
“Saya rasa sangat teruk dan ia amat menghiris hati saya kerana bayi itu. Saya sayangkan bayi itu,’’ katanya.
Phillip dan Chloe sebelum itu dilihat melakukan hubungan seks menerusi cermin kaca dan mereka telah diberikan amaran melalui sistem pembesar suara supaya menghentikan perbuatan itu, kerana ramai pelancong menyaksikan perbuatan tidak senonoh terbabit.
Namun di sebalik amaran terbabit, mereka tetap meneruskan hubungan seks itu selama 30 minit hinggalah ditangkap oleh polis.
Ketika ditahan, mereka menyatakan bahawa perbuatan itu hanya untuk berseronok dan tidak menyedari bahawa ia diperhatikan ramai.
Phillip dan Chloe didakwa di mahkamah kerana melakukan seks di khalayak ramai. Kes mereka telah ditangguhkan dan sebutan kes ditetapkan bulan depan.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)