RIYADH – Seorang lelaki tempatan menceraikan isterinya di Arab Saudi selepas mendapati wanita itu memiliki telefon bimbit, mengingkari arahannya supaya dia tidak menggunakan alat komunikasi tersebut.
Si suami hanya mengetahui mengenai kewujudan telefon berkenaan apabila mereka berdua memasuki sebuah hotel di Jazan, wilayah di selatan Arab Saudi, dan perlu melalui mesin pengimbas keselamatan.
Pintu pengesan itu berbunyi sebaik isterinya berjalan melaluinya, menyebabkan anggota keselamatan memintanya mengeluarkan objek logam termasuk telefon bimbit, kata satu sumber kepada portal berita Al Marsad.
“Dalam keadaan resah wanita itu mengeluarkan telefon bimbitnya. Sebaik melihatnya, suami berang dan bawa isterinya ke tempat letak kereta di luar hotel itu. Wanita itu mengikutinya sambil minta maaf,” kata sumber itu.
“Mereka dilihat bertengkar dan suaminya menuduh wanita terbabit cuba sengaja menyembunyikan telefon selular tersebut untuk digunakannya bagi sesuatu tujuan yang dia tidak mahu suaminya sendiri tahu.
“Lelaki itu kemudian bertindak nekad menceraikan isterinya sebelum meninggalkan kawasan letak kereta di situ,” lapor akhbar tempatan Sada.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)