SHOPPE

Nora Danish Tepis Khabar Angin Tempah Baju Kahwin

Share:
Nora Danish Tepis Khabar Angin Tempah Baju Kahwin


PELAKON cantik jelita  Nora Danish menafikan dakwaan bakal mendirikan rumah tangga dengan kekasih Nedim Nazri Aziz, dalam masa terdekat.




Menurut Nora, dia kini sibuk dengan bidang perniagaannya dan fokus terhadap karier seninya. Selain itu, Nora turut menepis dakwaan bahawa dia telah menempah baju kahwin.









“Mana ada saya tempah baju kahwin. Semua itu spekulasi dan saya belum ada perancangan untuk berkahwin dalam masa terdekat.

“Kalau betul nak kahwin, pasti saya akan umumkan kepada pihak media dan peminat. Rasanya saya tidak akan berahsia dalam soal begini.”

Jelasnya kepada portal Astro Gempak ketika menjadi juri dalam Maharaja Lawak Mega 2016 (MLM2016).

Tambahnya lagi, dia sudah tidak ambil peduli dan lali dengan berita seumpama itu di media sosial.

“Saya sebenarnya penat nak menjawab soalan yang sama. Jangan cepat percaya jika tersebarnya cerita saya bakal berkahwin sebab saya sendiri akan beritahu peminat.

“Saya juga seorang yang aktif di Instagram. Jika benar saya mahu berkahwin, sebulan sebelum majlis berlangsung saya akan umumkan di media sosial.

“Saya akan muat naik foto-foto persiapan perkahwinan untuk dikongsi bersama peminat,” ujarnya.

Nora juga memberitahu bahawa dia tidak merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan secara besar-besaran, cukuplah sekadar akad nikah sahaja.

Dia juga memaklumkan seandainya beliau ingin menamatkan zaman ‘bujang’ nya, dia pasti akan mengumumkan kepada semua.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah