SHOPPE

Viral Selfie Dengan Bahulu, Wanita Buat Laporan Polis

Share:
Viral Selfie Dengan Bahulu, Wanita Buat Laporan Polis





MIRI – Seorang ahli perniagaan wanita membuat laporan polis mendakwa penyebaran tanpa kebenaran gambar selfie beliau yang dikongsi hanya untuk rakan-rakannya di Facebook, telah mengaibkannya.




Faridah Ulis, 45, lebih dikenali sebagai Mamadot, membuat laporan itu di Balai Polis Pusat Miri pada pukul 11.41 pagi semalam serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada sebelah petang.

Satu daripada gambar selfie itu menunjukkan beliau bergambar dengan kuih bahulu berbentuk batang kemaluan lelaki yang dijual di sebuah kedai sebelum Tahun Baharu Cina awal bulan ini.

“Niat sebenar saya membuat laporan polis dan SKMM adalah untuk mencari dalang yang berkongsi gambar selfie saya tanpa kebenaran,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya, beliau hanya berkongsi gambar eksklusif tersebut dengan rakan Facebooknya dan bukan dengan mereka yang di luar daripada rangkaian sosial sahabatnya itu.


Faridah berkata foto itu dimuat naik ke dalam akaun Facebooknya beberapa hari sebelum Tahun Baharu Cina sebelum mendapati ia disebarkan ke kumpulan lain di media sosial itu tanpa pengetahuannya.

Beliau bagaimanapun terus bertindak segera dengan memadamkan gambar kontroversi tersebut serta-merta.


“Saya tidak mempunyai niat buruk apabila berkongsi selfie itu dengan rakan-rakan kerana ia untuk memberitahu mereka tentang bahulu itu. Ia unik, malah saya turut membelinya untuk rakan-rakan,” katanya.

Beliau berkata gambar selfie itu dikongsi sehingga menjadi viral, malah ada yang memberikan maklumat salah dengan mengatakan bahawa bahulu itu dijual di Langkawi dengan harga RM4 sepeket.

“Suami saya berasa kecewa terhadap komen-komen negatif yang dilemparkan pengguna internet yang mengkritik tindakan saya mengambil gambar dengan bahulu tersebut,” katanya.

Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati kedai yang menjual bahulu berkenaan telah berhenti menerima pesanan selepas mendapat reaksi negatif daripada pengguna internet dan orang ramai.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah