BEIJING – Akibat ‘kantoi’ ditangkap bersama isteri orang, seorang lelaki bertindak nekad memanjat keluar dari tingkap bilik kekasihnya dan turun ke bawah menggunakan saluran paip hujan dalam keadaan telanjang bulat.
Orang ramai yang terkejut dengan insiden itu memerhati penuh kagum apabila lelaki terbabit menggelungsur turun ke bawah dari bangunan blok rumah pangsa selepas memecut pantas dari tingkap di tingkat tiga.
Dia dikatakan sedang bermesra dengan seorang wanita curang tersebut di dalam bangunan itu apabila suami kekasihnya pulang secara tiba-tiba dan cuba menangkap mereka bersama.
Lelaki berkenaan dikatakan tidak sempat menyarung pakaian dan segera bertindak memanjat dengan hanya menggunakan kabel sebagai tali.
Dia berhenti beberapa kali dan dilihat teragak-agak sama ada untuk pergi ke arah atas atau bawah.
Insiden di China itu berjaya dirakam dan disiarkan menerusi Youtube sebelum menjadi viral.
Menurut laporan media tempatan, lelaki itu terselamat selepas jatuh sebelum dibantu orang ramai dalam pada mereka juga tidak ketinggalan merakam aksinya menggunakan telefon bimbit.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)