LONDON – Rahsia seorang wanita kulit hitam di Britain ini akhirnya terbongkar selepas dia mati dibunuh di dalam rumahnya di Southport baru-baru ini.
Wanita Afrika itu, Jessica McGraa yang selama ini memberitahu orang ramai dia bekerja sebagai penjual rambut palsu, rupa-rupanya adalah seorang pelacur.
Jessic, 27, yang dilahirkan di Nigeria, mempunyai seorang anak berusia enam tahun. Mendiang bercerai dengan suaminya ketika anak mereka berusia setahun.
Dia menjadi pelacur dengan bayaran £220 sejam dan wang itu digunakan untuk membiayai kehidupan mewahnya.
Malah semua kemewahan itu ditunjukkan dalam media sosial termasuk percutian ke luar negara dan barang mewah lain seperti baju, kasut serta beg tangan.
Menurut bekas suaminya, Gareth, dia selama ini percaya bekas isterinya itu bekerja sebagai penjual rambut palsu.
“Dia seorang yang baik, dia bawa saya ke gereja dan ia bukan sesuatu yang mudah,’’ kata Gareth yang pernah bekerja sebagai ketua mekanik di Nigeria pada 2005. Mereka bertemu di sebuah bar di Nigeria.
Mereka kemudiannya berkahwin dan meskipun Gareth tahu Jessica menggunakannya untuk mendapatkan pasport untuk ke Britain, namun dia tidak kisah.
Dalam pada itu, suspek pembunuh Jessica, Bala Wadzani Chinda, 25, telah direman untuk membantu siasatan pihak polis.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)