PENGACARA Yatt Hamzah, 36, memberitahu bahawa dia akan berkahwin dengan Mohammad Zulfadli Khiruddin, 26, pada 27 Februari ini dan menafikan bahawa Zulfadli adalah punca perpisahannya dengan bekas suaminya.
Mereka akan bernikah pada pukul 8 pagi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor manakala majlis walimatulurus akan diadakan di Azasna Villa Cahaya Alam, Shah Alam pada hari yang sama.
“Memang saya kenali dia sewaktu masih bergelar isteri, kami kenal di misi kemanusiaan di Syria dan kami hanya mula kawan rapat selepas berpisah, dia bukan orang ketiga seperti diperkatakan”.
“Dia melamar saya pada Disember tahun lalu, dan bukan mudah untuk saya membuat keputusan. Saya hanya mendapat jawapan selepas melakukan solat istikharah” katanya kepada sebuah akhbar tempatan.
Sebelum ini, Yatt dengan bekas suaminya dikurniakan seorang cahaya mata, Suci Hanania Malika.
-silakan SHARE utk manfaat bersama-
Sumber : mynewshub
No comments
Thanks For Comment !!! :)