SHOPPE

Lelaki Ireland Dahului Carta Lelaki Terseksi Di Dunia

Share:
Lelaki Ireland Dahului Carta Lelaki Terseksi Di Dunia


LUPAKAN keseksian dan kekacakan jejaka dari negara besar seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Sepanyol.




Ini kerana hasil kajian yang dijalankan laman web MissTravel.com ke atas 66,000 responden wanita dari Amerika, mereka sepakat mengatakan bahawa jejaka kelahiran Ireland merupakan lelaki terseksi di dunia.

Mereka dipilih kerana kebanyakan wanita tertarik dengan dialek Ireland yang menurut mereka, mempunyai keseksiannya yang tersendiri.

Antara selebriti lelaki kelahiran Ireland ialah pelakon 50 Shades of Grey, Jamie Dornan, pelakon filem Taken, Liam Neeson dan Colin Farrell.





Jejaka ‘hot’ kelahiran Ireland – Jamie Dornan, Colin Farrell dan Liam Neeson.

Berada di belakang Ireland ialah Australia, Pakistan, Amerika dan UK yang turut disenaraikan dalam carta lelaki terseksi dunia.

Sementara itu, menerusi laman web yang sama sebanyak 44,873 lelaki mengundi dan majoritinya memilih wanita kelahiran Armenia paling cantik di dunia.

Wanita kelahiran Barbados pula berada di tangga kedua dengan jumlah undi 4,036, diikuti Amerika 3,402) dan Colombia (2,741) manakala UK di tempat kelima dengan jumlah undian 2,006.




-silakan SHARE utk manfaat bersama-


Nak Cantik?..Nak Gebu?..Nak Kurus?...Klik Kat Sini


Sumber :  mynewshub




No comments

Thanks For Comment !!! :)

Wajib Terjah